 |
 |
 |
 |
Sep 2, 2008
 Rasanya tepat untuk dipetik ucapan dari Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan "Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan
puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak
tepat dengan pengertian sebenar Ramadan. Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri
daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana
takrifan sebenarnya lebih luas lagi." Untuk mengupas, isi daripada ucapan Tuan Guru tadi memang agak menyulitkan. Ia bersangkut paut dengan adat 'KEBIASAAN' orang melayu itu sendiri yang mana pendapat saya bukan hanya orang melayu sahaja bahkan sesiapa sahaja yang didalam kategori 'BIASA @ AWAM'. Lalu Tuan Guru menyatakan maknanya, implikasi atau kesan Ramadhan ini lebih lagi dari sekadar puasa yang kita sedar. Faham atau buat-buat fahamPernah sekali kami mengikuti program yang terkandung dalamnya satu modul yang mana menghendaki peserta untuk solat qiam ditepi sungai yang berpasir. Tanpa alas apatah lagi sejadah tebal. Dalam keheningan pagi tu, desiran air yang mengalir memang menusuk kalbu. Ditambah pula angin yang sejuk tanpa ada penghawa dingin. Ditemani pula nyamuk-nyamuk hutan dan bunyi cengkerik. Habis selesai solat, seperti 'KEBIASAAN' apabila memberi salam tangan akan terus menyapu muka tanpa sedar. Lalu ustaz pun bertanya kepada peserta "apa yang kamu buat selepas kamu memberi salam", lalu mereka menjawab "kami menyapu muka". Ustaz bertanya kembali "kenapa kamu menyapu muka?". Dalam keadaan sepontan juga, mereka menjawab "ada pasir kat dahi". Lalu ustaz memberi satu soalan yang susah untuk mereka menjawap seterusnya "Mengapa kamu sapu muka kalau kamu solat di sejadah?" Lagi satu cerita yang kebiasaannya Ustaz Hasrizal biasa sebut iaitu kisah kucing dengan kaum Singh. Ketika kaum Singh bersembahyang pada ketika itu, seekor kucing selalu mengganggu mereka. Jadi, seorang guru mereka bernama Nanak akan menambat kucing tersebut disudut tiang. Apabila guru mereka mati, mereka pun seperti 'KEBIASAANNYA' akan mencari kucing berkenaan dan menambat kucing berkenaan disudut tiang kuil mereka. Apabila tiba masa, kucing berkenaan pun mati. Jadi mereka memikirkan bahawa pentingnya menambat kucing sebelum mereka bersembahyang. Jadi mereka pun mencari kucing yang tak berdosa, lalu menambat kucing berkenaan disudut tiang lalu bersembahyang. Adalah suatu kemestian "wajib" untuk kita mencari kefahaman atau ilmu sekiranya kita hendak memastikan apa yang kita buat itu betul dan tepat mengikut kehendak Nya. Supaya kita lebih mengerti dan tahu matlamat akhirnya ialah apa. Begitu juga dengan ibadah puasa.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ
عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Surah Al-Baqarah 2:183. Allah berfirman yang bermaksud " Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa"
Kerangka Agama, Input - Proses - Output Ingin saya berkongsi apa yang telah saya terima dari tazkirah Ustaz Hasrizal. Ustaz membawa hadith Jibril biasa kita dengar yang mana intipati Islam itu sendiri. Dalam hadith ini, menyatakan makna Iman, Islam dan Ihsan. Jadi, boleh dikategorikan ia kepada Input, Proses dan Output. Iman itu Input, Islam itu Proses dan Ihsan itu Output. Boleh diringkaskan kepada bahasa yang lebih mudah iaitu Bahan-bahan, Cara buat, dan akhirnya Hasil yang diingini. Jadi, dalam ayat diatas, "Wahai orang-orang yang beriman" itu ialah input, "Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu" itu ialah Proses dan akhirnya Output yang kita harapkan ialah "supaya kamu bertakwa". Jadi, output yang terhasil daripada puasa ialah 'TAQWA' dan bukanlah perkara-perkara lain seperti mengurangkan berat badan, menambahkan pendapatan kerana berniaga dibazar Ramadhan, dan lain-lain lagi. Boleh disimpulkan secara keseluruhan, tujuan utama ialah Iman dan akhirnya ialah Taqwa. Pada akhir ayat berkenaan "supaya kamu bertakwa", لَعَلَّكُمْ adalah satu Option yang mana kita boleh dapat atau pun tidak. Samada Allah nak beri atau tidak bergantung kepada bagaimana kita menghidupkan Ramadhan itu sendiri.
Posted at 10:06 am by impian
Permalink
Aug 29, 2008
Selamat Datang... berkira, mengira, terkira-kira akan Erti Hidup
 Setelah sekian lama tidak bermadah, berhujjah, berkongsi memberi segala yang ada dalam diri untuk dikongsi bersama, rasa diri kekosongan dan tiada rasa berkongsi. Ingin hati memberi segala pandangan mengikut segenap sudut yang ada. Mencuba membaiki diri yang sekian lama sudah 'berkarat hati'. Mencari sinar mentari yang hampir malap. Menggilap segala apa yang ada. Merobah segala apa yang salah. Menggarap segala apa yang diharap.
Mengenai Diri Sudah berumah tangga dengan teman seperjuangan, mempunyai cahaya mata yang selalu keriangan, berusaha untuk mendapatkan lebih ramai cahaya mata yang ringan tangan, untuk membantu Islam dalam perjuangan. Diri selalu disibukkan dengan cahaya, fiber optik itulah permainannya, kesana kesini mencari ilmunya, cuba meningkatkan potensi dirinya. Johor digelar kubu UMNO, itulah tempat hidupnya bermula, kalau zaman dulu hidup teruk no, sekarang rasa Alhamdulillah bersama dengannya [ISLAM]. Dari Johor pergi merantau, UNITEN tempat diri merubah, tempat bersatu tempat mencari ilmu, cinta sayang tak mahu berpindah.
Salam perjuangan, Islam only the WAY of Life... Ya Allah, ku bermohon pada Mu ya Allah, Kau berilah Redha padaku yang hina disisi Mu, tunjukkan jalan menuju arah Mu, Kau berilah Taqwa takut pada seksaan api neraka Mu... Amin
Posted at 05:24 pm by impian
Permalink
|
|
 |
|
 |
|